MERUNGKAI STRATEGI PELABUR HARTANAH UNDERCONS KAPITALIS

MERUNGKAI STRATEGI PELABUR HARTANAH UNDERCONS KAPITALIS

LEVEL: Super Basic

Dalam kegawatan ekonomi sekarang ramai yang bertindak untuk berjaga-jaga dalam outflow duit mereka. Tetapi apakah yang membezakan ‘mereka’ ini dengan Pelabur-Pelabur Hartanah ?

Jika anda perhatikan, mengapa walaupun ekonomi sedang gawat pemaju-pemaju masih aggressive meneruskan development-development yang baru. Sebagai contoh di Kuala Lumpur sahaja banyak tapak pembinaan yang sedang dalam binaan seperti Aria, 8 Conlay, Eaton Residences, Four Season Residences, Star Residences, Ritz Carlton Residences, Datum Jelatek, 8 Kia Peng, sampai esok pun tak abis kalau nak list project-project yang sedang membangun sekarang…

Kenapa ya banyak development yang naik walaupun buyers’ sentiment is soft? Okay macam ni lah, bila mereka start development pada tahun ini (dalam fasa kegawatan ekonomi), projek akan siap dalam tiga tahun lagi. By then, ekonomi sampai kemuncak dan buyers mempunyai kapasiti dan capability untuk membeli.

From developer’s point of view pula; Kos pembangunan pada masa ini pun kompetetif, dimana kontraktor masing-masing berlumba untuk mendapatkan projek. Jadi pemaju boleh mendapat kos pembinaan yang terbaik tanpa kompromasi kualiti pembangunan. Senang cerita, kontraktor pun nak hidup jugak 😅

Seperti yang sudah Kanal terangkan sebelum ini, harga property akan naik organically (bersama faktor-faktor lain) dan harga rumah itu sudah appreciate (pada masa akan datang) dari harga jika kita beli sekarang. Maka developer akan untung.

TETAPI, sang-sang pelabur mempunyai deria rasa ke enam lalu mengambil peluang keatas kegawatan ekonomi sekarang. Bila ekonomi dalam fasa BUKAN buyer’s market (buyer berhati-hati untuk membeli property), para developer akan ‘mencampakkan’ discounts dan rebates untuk menggalakkan orang membeli projek mereka.

Jadi yang untungnya adalah para pembeli/pelabur. By the time project siap, harga sudah appreciate dan ekonomi kembali stabil. Maka untunglah SANG PELABUR.

Kanal terangkan cara yang paling basic untuk yang zero ilmu faham the relationship antara economy cycle & this point of view in investment opportunity.

 

xx

Kanal