APA YANG ANDA PERLU TAHU SEWAKTU EVENT Unit Selection / Balloting untuk RUMAH MAMPU MILIK ?

Semalam Kanal menghabiskan pagi Ahad Kanal di Sky Awani Sales Gallery untuk Unit Selection RUMAWIP oleh Sky World. Lebih kurang seribu orang yang hadir dan untuk first batch ni, seramai 454 (as of 10am) orang yang berdaftar untuk memilih unit. Pembeli yang layak memilih unit pada hari ini adalah mereka yang telah berjaya mendapat kelulusan dari DBKL.

-Bagi yang anda nak tahu jenis pemiilihan unit dan the flow during event sebegini, Kanal akan briefly share.

1. First come first serve
– Haa, yang ni orang datang dulu akan mendapat priority untuk memilih unit idaman
– Unit akan dipilih ikut queue
– Pembeli akan berkhemah seawal malam sebelum event untuk memastikan dapat beratur depan depan
– Ada juga yang upah orang untuk beratur kan
– Pembeli yang datang akan diberi number mengikut giliran dan bila number dipanggil, pembeli akan pilih unit

2. Jenis balloting / cabutan
– Balloting adalah mechanism cabut number unit
– Bila nama atau nombor anda terpilih, pihak penganjur akan cabut unit yang anda akan dapat
– Tak boleh tukar-tukar dah
Pros : Tak perlu risau kalau datang lewat, sebab ikut nasib
Cons : Tak mempunyai kebebasan untuk memilih unit

3. Unit Selection
– Pembeli mempunyai kebebasan memilih unit sendiri selagi orang yang nomber sebelumnya belum ambil unit tersebut.
– Ada pemaju yang mencabut number giliran untuk memilih unit. Jadi kalau developer guna mechanism ini, pembeli tidak perlu risau datang awal atau lambat sebab angka giliran mengikut number yang dicabut
– Unit selection dibahagi kepada beberapa sesi mengikut jumlah kebesaran crowd

Tips bila hadir event macam ni
– Pastikan anda bawa documents yang lengkap sewaktu event tersebut
– Pilih beberapa unit so that bila unit yang anda nak tu disambar orang lain, at least anda ada options lain dan tidak terlalu kecewa
– Selalunya bila anda isi booking form, sales assistant atau agent boleh tunjuk anda range of unit number & view. Dari sini, anda boleh budget budget nak unit yang mana
– Bawa orang yang boleh bantu anda buat decision. Tak perlu bawak sekampung dgn budak2 kecil. Kesian mereka nak tunggu berjam jam
– Naik Grab atau Uber sebab dapat membantu anda menangani masalah cari parking. Ada pemaju yang memberikan Grab Code untuk anda utilise
– Stay hydrated !

 

RUMAWIP SKY AWANI @ SETAPAK masih lagi open for sesiapa berminat walaupun first batch of unit selection telah berlangsung.
800 sf, RM 300k, 3 bilik
Siapa yang berminat boleh PM Kanal.