Social Intelligence

Social Intelligence

Intelligent People vs Knowledgeable People
Orang yang mempunyai social intelligence bagaikan pemandu yang hebat manakala orang yang knowledgeable pula walaupun boleh memandu tetapi tidak pandai ikut Waze. Maksud memandu di sini adalah memandu conversation dan maksud membaca Waze pula membaca body language.

Perbezaan orang yang knowledgeable dan intelligent ketika berinteraksi adalah orang yang intelligent akan pandai membawa conversation tersebut. Orang intelligent tersebut boleh ‘masuk’ conversation mengikut sesiapa yang dia sedang berinteraksi. Walaupun beliau mempunyai banyak ilmu tetapi beliau tahu bila untuk mendengar, memberi feedback, kongsi maklumat, pandai membaca body language orang, menghormati topic, mengelak dari masuk topic yang sensitive, mengajukan soalan yang sesuai, membuat orang selesa berbual dengannya dll. Walaupun orang ini di Provoke, dia biarkan je kerana mencari gaduh adalah perbuatan yang sia sia. Senang cerita, orang yang social intelligent ni pandai bawa diri di social event.

Ketika berdepan dengan situasi tegang dalam conversation. Orang yang mempunyai social intelligence akan menganalisa consequences dan lagi rela kalah dan rendah diri dalam ‘pergaduhan’ kerana beliau tahu reputasi lagi penting daripada terlibat dalam drama, walaupun hakikatnya beliau di pihak yang betul. Orang yang knowledgeable pula dalam suasana yang tegang akan try membuktikan bahawa beliau adalah betul lantas boleh menghangatkan lagi keadaan yang tegang.

Nabi Muhammad SAW merupakan contoh seorang yang mempunyai social intelligence yang tinggi. Baginda tidak melawan ketika dihina oleh penentang ajaran Islam (walaupun baginda di jalan yang betul dan mempunyai angkatan dari Allah untuk back up), humble ketika berkomunikasi dengan hamba hamba, berkata kata ketika masa yang sesuai, diam bila perlu, memberi nasihat dengan lembut, dan sebagainya.

Sometimes backing out doesn’t mean that you are weak or wrong. It means that you know when to fight or flight. Kalau takat benda benda yang remeh, orang yang social intelligent tidak akan membesar besarkan keadaan.