CATALYST-CATALYST UNDERDOG HARTANAH

20953378_841739175985046_6456565436338444619_n.jpg

Tanyalah mana mana pelabur hartanah tentang catalyst dan booster hartanah, sudah tentu mereka berjaya menyenarai catalyst tersebut dengan pantas. Element element tipikal yang menjadi catalyst termasuklah:
Infrastructure / TOD / Shopping Mall
/ Education / Tourism / Population /
/ Hospital / Entertainment dan sebagainya.

Kerjaya Kanal memerlukan Kanal berjumpa many walks of life dan melihat pelaburan dari perspective developer, pelabur dan genuine buyer untuk kegunaan sendiri. Hari ini Kanal nak share feedback dari investors & tenants on mengapa mereka memilih untuk membeli & menyewa di kawasan tersebut.

1️⃣ McDonald’s 🍟
McDonald’s juga merupakan salah satu booster/catalyst untuk hartanah. Perasan tak most of the areas yang ada University mesti ada stand alone McDonald’s. Dan perasan tak, kadang kadang disesebuah kawasan yang baru nak membangun, tiba tiba ada stand alone McDonald’s?

Seperti anda, pihak pengurusan McDonald’s telah awal awal membuat due diligence tentang population segmentation di kawasan tersebut sebelum membuka sesebuah cawangan. Dalam erti kata lain, mereka telah tolong membuat market and demographic study untuk anda.

McDonald’s dekat dengan kawasan University akan menjadi tumpuan kepada pelajar pelajar university (wifi, siapkan assignment, dating) secara tidak langsung akan menjana economic activities di kawasan sekeliling tersebut. Kedai kedai complementary seperti dobi, photostat, binding, alat tulis, 7e, restaurant (dan sebagainya) akan mendapat spillover yang positive.

Bila pusat commercial di kawasan tersebut vibrant, subsequently draws demand kepada surrounding properties.

2️⃣ High-end supermarket
High end supermarket ni either terletak di neighbourhood mall ataupun di bawah service residence (untuk mixed development). Contoh : BENS Grocer, Cold Storage, Jaya Grocer, Village Grocer (dsb.)
Kenapa high end supermarket ni salah satu catalyst ? High end supermarket ni membawa masuk product-product makanan yang di manufactured dari luar negara. Dan ada juga jenama makanan yang tidak ada di Malaysia dijual di supermarket ini. Lantaran itu, High End supermarket ini mempunyai tarikan untuk penyewa penyewa Expat dan juga golongan golongan high class/upmarket

3️⃣ International school / Sekolah Agama Swasta
Surprisingly, ada beberapa case yang orang beli property dengan Kanal yang nak beli/menyewa a property sebab terdapat sekolah agama yang bagus around that area. Mereka nak pindah untuk menyekolahkan anak mereka di situ. International school pulak sudah ada ready catchment antaranya tenaga pengajar dan juga admin staff sekolah tersebut. Tapi, perasan tak anda yang pelajar pelajar international school banyak juga yang tidak duduk di kawasan sekolah tersebut? Mereka commute juah dari rumah mereka. Kenapa ya ? Mereka kan mempunyai duit untuk sekolah tersebut, sudah tentu mereka mempunyai driver untuk ambil/hantar mereka walaupun jauh.

4️⃣ International Companies / Industrial area
Kawasan yang mempunyai access ke kawasan industrial dan juga international companies sudah tentu mempunyai demand unit unit hartanah di sekelilingnya. Sudah semestinya these international companies akan membawa masuk expat expat untuk bekerja bersama merekat on contract basis mahupun permanant. Bonus point, International companies selalunya membayar sewa in advance (3 bulan / 6 bulan / setahun / ikut contract) kerana most of western countries practice mengutip sewa in advance. Lagi bonus, International Companies mempunyai budget yang tinggi untuk accommodation mereka.

5️⃣ Pusat Perubatan Specialist 🏥
HEALTH CARE TOURISM. Terdapat beberapa pusat perubatan yang mempunyai kepakaran di negara kita yang telah menjadi penarik bukan sahaja orang tempatan malahan people from other countries. Malaysia merupakan satu destinasi pilihan untuk Health Care Tourism untuk warga asing kerana:
🔹Mempunyai Pakar yang setanding antarabangsa
🔹Kos perubatan yang murah jika dibandingkan matawang mereka
🔹Kos hidup Malaysia yang murah berbanding di negara mereka
🔹Cuaca Malaysia yang stabil sepanjang tahun (panas/hujan)
🔹Contoh hospital: Prince Court

Berbanding Convention Center yang mungkin bermusim peak season dia (mengikut events yang berlangsung dalam convention center itu) Healthcare industry adalah tidak seasonal. Akan ada orang memerlukan perubatan sepanjang tahun.

6️⃣ Masjid 🕌
Area kawasan masjid ni popular juga di kalangan warga emas. Mereka membeli/menyewa tempat yang dekat dengan masjid untuk mengadiri kelas kelas agama dan untuk menunaikan solat berjemaah. Sweet sweet je pasangan atuk nenek pergi masjid sama sama.

7️⃣ 7Eleven yang ada ATM
Menjadi sebuah bonus point kepada kawasan dimana malamnya ‘hidup’ seperti kawasan university.


Harap dari sharing Kanal dapatlah si pelabur lepas ni boleh usha-usha surrounding area tempat yang ada catalyst diatas untuk memantapkan justifikasi anda untuk membeli property tersebut sebagai pelaburan. Untuk REN pula, selepas ini bolehlah mengiklankan listing anda dengan catalyst-catalyst tersebut. Mana tahu dapat reach right target prospect tenant