Soft Selling Vs Hard Selling

BAGAIMANA PEMAJU MAIN DENGAN EMOSI ANDA ?

20915622_842669542558676_3311201067720476513_n.jpg

Terdapat pelbagai cara untuk market / memasarkan sesebuah product. Property development juga tidak terkecuali. Tapi perasankah anda developer ada cara yang tersendiri untuk memasarkan project mereka ?

 SOFT SELLING
Soft Selling adalah apabila developer menjual idea dan concept of the development instead selling the product. Soft selling adalah cara developer membeli emosi anda.

Case Study:
EcoWorld 
EcoWorld tidak begitu kedepan menjual product mereka. In fact mereka went all out untuk position themselves sebagai developer yang menyediakan sesebuah lavish lifestyle kepada penduduk / pembeli development mereka. Mereka akan menjual concept entrance yang grand bagaikan entrace istana di Spanyol, water features diselitkan animation pepatung untuk memberi bayangan tranquility, kehijauan yang lapang untuk memberi impak kedamaian, colour scheme di brochures dan animation walkthrough yang pudar pudar yang memberikan image yang ‘dreamy’. Mereka juga melaburkan wang yang sangat besar untuk position kan brand mereka sebagai developer yang menghasilkan product yang lavish dan exclusive. Concept yang dijual oleh developer akan menarik right target market mereka iaitu golongan elite yang mampu membeli development yang lavish secara tidak langsung akan terjadinya brand association antara pembeli dengan development :

EcoWorld – Pembelinya golongan berpendapatan tinggi yang sophisticated. Dan wujudnya kebanggaan mendiami development yang dimajukan EcoWorld.

 Key word: Brand positioning, bukan jual product.
Ala… Macam kalau perempuan dapat beli bag Chanel, Dior, Hermes… Mesti lah rasa bangga kan ? Dan brand association, tak semua mampu beli dan hanya golongan tertentu yang memakai bag tangan tersebut..

Contoh lain :

 METROPOLIS & TTDI GATEWAY by NAZA TTDI (Jalan Duta & Shah Alam)

Dua buah development yang mengetengahkan urban lifestyle dan kehidupan yang comprehensive dimana segalanya within reach. Development development tersebut mempunyai component yang lengkap seperti residences, commercial, shopping mall yang berdekatan, food and beverages, public transport dan sebagainya. Segala kemudahan sudah tersedia untuk residences dan professionals. NAZA juga memastikan tenant mix di commercial area terjaga, bersesuaian target market mereka yang up market dan professionals.

 Rimbayu by IJM (Kota Kemuning)

Togather-gather : Mewujudkan community yang erat. Mempunyai concept ‘gateless’ agar jiran dapat bergaul.

Sunsuria City by Sunsuria (Sepang)

Smart, Liveable & Sustainable
Sebuah development yang menjual concept technology pintar yang memudahkan kehidupan seharian. Juga menitikberatkan ‘green & sustainable’ living dimana mengurangkan negative footprint kepada persekitaran.

 Bukit Jelutong & Elmina City (SIME DARBY)
Sustainable, green and quality living.

 HARD SELLING
Developer yang hard selling adalah developer yang straight forward menjual product mereka. Setiap iklan dan booth booth di pameran memamerkan product mereka tanpa mentengahkan concept / facility / idea disebalik product tersebut. Hard selling yang berlebihan boleh mendatangkan impak negative kepada sesebuah development.

Antara contoh hard selling yang saya pernah come across:
 Lalu booth di exhibition, agent agent dari booth mengikuti saya walaupan kata tidak interested
Banyak kali advertise di surat khabar tentang package-package yang menarik. Ini akan menampakkan development tersebut tidak laku dan developer desperate untuk mendapatkan sales
 Menyewa iklan di tepi tepi highway tanpa bersebab. Maksud saya, banyak sangat duit dilaburkan untuk menyewa billboard dengan quantity yang BANYAK di tepi highway dan tempat catchment yang salah adalah perbuatan redundant.
 Yang paling tidak boleh saya terima adalah menjual development di Bazar Ramadhan ! Perbuatan ini boleh merosakkan image developer dan development tersebut. Perlakuan agent yang membuka booth menjual property di Bazar Ramadhan seolah olah tidak menghormati developer dan tidak menjaga image development tersebut

Harap post ini membuka mata anda tentang bagaimana sang developer bermain dengan perasaan anda

xx

Kanal