International Zone Shah Alam

17022519_749576148534683_2834670134835986862_n.jpg
Semalam Kanal berkesempatan untuk membawa rakan / pembeli Kanal Hanif AbgSapri yang bermastautin di Singapore untuk tour around Seksyen 13. Kanal kagum dengan beliau kerana masih belia mcm Kanal dan sudah mempunyai dua property dalam portfolio investment. Jadi semalam selepas assist signing of SNP, Kanal pun bawak jalan jalan area Section 13 untuk menerangkan the current development and future landscape of Section 13.

Masa sampai di area AEON, Hanif tanya “Dekat sini ada Wayang tak ?”. Kanal pun menerangkan bahawa, “This is a Non-International zone. Jadi wayang tidak dibenarkan untuk beroperasi disini”

Jadi disini Kanal mengambil kesempatan untuk menerangkan INTERNATIONAL ZONE:

🔷 Shah Alam merupakan Ibu Negeri Selangor yang sangat terancang town planning nya. Bandar Shah Alam sangat bersih dan banyak round-about (hehe).

🔷 Even line LRT 3 pun underground dari Bulatan Section 13 hingga ke Pejabat Post Section 14 demi menjaga landscape.

🔷 Shah Alam sangat menerapkan ciri-ciri Keislaman dan Kemelayuan. Sebagai contoh:

1. Di Pusat Bandar Seksyen 14 anda boleh tengok bangunan bangunan dibina yang mempunyai ciri ciri kemelayuan (Teater – bumbung minangkabau. SACC – mempunyai facade yang keislaman).

2. Nama-nama jalan di Seksyen 9 menggunakan nama kerabat/pejuang Melayu. Nama-nama jalan di Bukit Jelutong menggunakan elemen pembinaan architecture Keislaman (Kubah/Mimbar/Serambi etc). Sesuatu ketika dahulu, setiap palang Alamat mempunyai translation Jawi.

🔷 Jadi untuk menjaga kesucian Shah Alam, Shah Alam mempunyai Zone International.
.
.
🔷 Apakah International Zone ?

🔺 International Zone adalah kawasan yang dibenarkan untuk mempunyai hiburan-hiburan tertentu atas nasihat Sultan Selangor.

🔺Senarai jenis – jenis hiburan di International Zone:
✔️ Wayang dan Teater
✔️ Pusat Boling
✔️ Taman Tema
✔️ Restaurants
✔️ Aktiviti Luar
✔️ Snooker
✔️ Tempat urut
✔️ Internet Cafe
✔️ Disco & Club
✔️ Tempat Perjudian (slot machine, video game, arcade, perjudian online)
✔️ 4-D, Toto, 1+3D
✔️ Karaoke dengan GRO

🔺As you can see, di Shah Alam ada beberapa International Zone:
1. Seksyen 7 (i-City)
2. Setia Alam
Special Case : Space U8, Bukit Jelutong.

🔺Walaupun kawasan-kawasan tersebut mempunyai status International Zone, tidak semua yang dibenarkan.

🔺Senarai yang dibenarkan :
✔️ Wayang dan Teater
✔️ Pusat Boling
✔️ Taman Tema
✔️ Restaurants
✔️ Aktiviti Luar

🔺Senarai yang tidak dibenarkan:
 Snooker
 Tempat urut
 Internet Cafe
 Disco & Club
 Tempat Perjudian (slot machine, video game, arcade, perjudian online)
 4-D, Toto, 1+3D
 Karaoke dengan GRO

🔺Relevance International Zone :-

✔️ Image kesucian dan keamanan Bandar Shah Alam terkawal. **Please do not comment pasal Kilang CARLSBERG, itu kisah lain. Kanal xbenarkan org spark controversy di comment Kanal.

✔️ Kebersihan terjaga. Perasan tak anda, tempat yang mempunyai kelab disko, sports toto, rumah urut, dan sebagainya- kawasan disekeliling sentiasa kotor. Contoh : SS 15 Subang Jaya, Puchong, Kota Damansara.

✔️ Menarik pelabur dari Muslim country

✔️ Tuanku Sultan Selangor adalah raja yang adil dan bijaksana untuk membenarkan iCity diiktiraf sebagai International Zone bagi menyeimbangkan keperluan ekonomi Selangor disamping menjaga akhlak dan nilai nilai keislaman.

✔️ Contoh : Baginda Sultan membenarkan hiburan kekeluargaan seperti : wayang, pusat boling dan taman tema. Tidak membenarkan hiburan yang melalaikan seperti disko, internet cafe dan pusat snuker.