How To Handle Rejection

HOW TO HANDLE REJECTION in Sales 

DILEMMA: Anda dah layan prospect buyer/client sehabis baik. Dah nak bayar booking. Tapi tiba tiba orang tu cakap tak jadi beli. Anda frust ? Macam mana nak handle rejection? Macam mana nak bagi orang yang reject anda tu cari anda in the future ataupun bagi referral kepada anda?

Bila kerja dalam bidang sales sudah semestinya anda akan menghadapi rejection. Kadang kadang dalam 100 mungkin anda akan di reject 99 kali. Lagi lagi kita dalam bidang real estate dimana people are being cautious with their spendings and rate of loan approval pun tidak begitu tinggi (keadaan semasa Kanal menulis ini).

For Kanal, rejection itu adalah lumrah dalam kehidupan sales. These are the steps that Kanal buat untuk turn a rejection kepada sesuatu yang positive:

 Fikir itu bukan rezeki kita, rezeki di tempat lain
 Bila kena ayat reject, don’t be bitter (jangan tunjuk anda hampa)
 Simpan je number prospect tu untuk dijadikan database. Nanti kalau anda ada listing yang bersesuaian dengan mereka, anda boleh cari mereka balik. Tak semestinya sekali kena reject, tak ada lagi peluang untuk berurusan dengan mereka pada masa akan datang.
Bagi kata/doa yang baik baik terhadap orang tu.
Contoh ayat reject client :
Ayat : “Tak apa lah Kak, rumah tu luar budget kami”
Jawab : “Tak apa la begitu. (Try recommend listing lain yang suit budget mereka). (Kalau xde listing lain) Harap akak jumpa rumah yang yang dalam budget akak. InsyaAllah ada di luar sana
 Bila anda jawab begitu, prospect client pun serba sedikit akan rasa bersalah sebab anda sudah melayan mereka dengan baik. Dengan layanan baik anda tu, mereka akan berasa senang dengan anda. Jadi from the pleasant experience dealing with you tu akan membuatkan/lead mereka untuk recommend service anda kepada friends / family mereka.
 Moreover, pada ayat yang last tu, anda mendoakan kebaikan kepada prospect client tersebut. Tidakkah doa yang baik terhadap orang lain akan mendapat kepada kita. Bak kata Alaxender Graham Bell, “When one door closes, another door opens” 

 

Till Then,

xx
Kanal