SEWAAN & LHDN : EDISI KHAS UNTUK INVESTOR NEWBIES YANG KUTIP SEWA

SEWAAN & LHDN : EDISI KHAS UNTUK INVESTOR NEWBIES YANG KUTIP SEWA

Apa Yang Anda Perlu Tahu ?

🔹 Sempena Bajet 2018 baru baru ini, ada topik yg relevan dlm kehidupan geng kita iaitu sewaan

🔹 Sebelum ni tak pernah kerajaan ambil kisah sgt, tapi lately ni Kanal dengar banyak kena seru Lembaga

🔹 Sharing Kanal pada hari ini applicable kepada owner kerana hasil sewa adalah pendapatan. Point point tersebut diambil dari ulasan boss besar saya.

🔹 Tenancy- Tenancy Agreement (TA) yang di stamp akan menarik perhatian LHDN

🔹 Jadi, LHDN akan mengeluarkan notis semakan kepada owner iaitu amount pendapatan berserta cukai yang dikenakan

🔹 Kerajaan telah nampak satu peluang opportunity untuk kenakan cukai kerana sekarang ramai dah celik hartanah dan menggunakan hartanah sebagai instrument pelaburan, mendapat income dari sewa

🔹 Jika dulu, mempunyai 3-4 biji kereta adalah kebiasaan. Zaman sekarang pula sudah menjadi kebiasaan kalau kita dengar orang yang ada lebih dari 2 biji rumah

🔹 More over, LHDN dah sedar yang sekarang ramai yang buat Air BnB, Homestay etc. People are making money collecting income from rental / homestay / vacation house. So LHDN lagi alert bila dapat TA – TA yang stamp atas nama yang sama. Mereka akan masuk kan nama landlord ni dalam radar mereka.

🔹 Just a tip, sometimes LHDN dapat capture property anda yang masih under construction. So, what you guys can do is, provide them with S&P of that property to prove that anda tidak menerima any hasil dari property tersebut. Depa ni mcm nak standby je untuk collect tax dari situ….

🔹 Bila anda stamp TA anda & term di TA tersebut 2/3 tahun, LHDN akan lock rental anda dalam term tersebut.

🔹 Kalau tenant anda keluar lagi awal dari term tersebut, mestilah dapatkan undertaking letter. Kalau tak ada bukti, LHDN tak akan terima cerita anda

🔹 Anyway as you all know atau tidak aware, cukai hasil pendapatan sewa boleh tolak dengan perbelanjaan tersebut:
a. Service Charge & Sinking Fund
b. Cukai Tanah
c. Cukai Pintu
d. Fire Insurance
e. Faedah Bank (bukan repayment)

🔹 Jika perbelanjaan > hasil sewa tahunan, makan tiada charge

🔹 Jika hasil sewa > belanja: 50% atau RM 2,000 dikenakan

🔹 Contoh Kiraan:
Sewa RM 2,000/sebulan x 12 = RM 24,000 income

RM 24k – RM 20k (perbelanjaan)
Nett RM 4k akan dikenakan cukai 50% atau RM 2,000 rebate.

🔹 Sesiapa yang dah declare atau LHDN dah beri notice taksiran pendapatan dari sewa, anda kena serah diri & declare setiap tahun sampai jual

🔹 Again sebab tanpa evidence, LHDN akan kira setahun walaupun tenant anda keluar sebelum tamat tempoh dalam lease. Dapatkan undertaking letter yang tenant dah keluar

🔹 Perlu diingatkan juga, mana2 tahun taksiran yg lama, jika terkena panggilan LHDN, penalti 45% ke atas lebihan/laba/keuntungan dikenakan sbb x declare tahun semasa..jika ada kerugiaan, maka selamatlah dr dicukaikan.

TIPS PENTING YG LAIN
🔹 Pastikan bulan January, mohon kerjasama bank untuk dapatkan statement faedah bank. Average perbelanjaan dekat faedah pun dah 50%-70%, boleh save banyak dari tax tu.. So kita dapat MINIMISE kita punya profit margin

🔹 SILA SIMPAN SEMUA DOCUMENT PERBELANJAAN. JANGAN AMBIL ENDAH TIPS INI ! Mungkin anda rasa tak ada kena mengena sekarang. Jangan terkejut jika pada tahun 2020 nanti dapat surat cinta dari LHDN untuk tahun 2014-2020. Lembaga akan charge gross income. Tak ke menyesal time tu ?

🔹 Kepada yang bayar cash atau dah selesai bayar… Tak ada lah bank interest untuk ditolakkan untuk perbelanjaan

🔹 Haritu LHDN ada juga detect property Kanal yg masih under construction. Jadi i object their charge dengan mengatakan Kanal tak dapat any income from it. So Kanal kena bagi salinan SNP untuk buktikan bahawa still under construction

Rentetan post gambar Kanal diseru Lembaga, terpanggil untuk share…. Anyway, no worries. Tabahkan iman utk berhadapan dgn LHDN. Nanti you all x boleh bercuti keluar negara. Kena stop kat imigresen.hehe. But anyway, Kanal sangat berpuas hati dengan pegawai yang handle case Kanal di Jalan Duta, Kak Normalah. Kanal sanggup travel sebab puas hati deal dengan beliau.

Till then

xx
Kanal