Cukai Cukai yang Terlibat dalam Hartanah

CUKAI CUKAI YANG TERLIBAT DALAM HARTANAH
Sebagai Pelabur Hartanah ataupun newbie kepada hartanah, banyak ilmu yang anda perlu lengkapi mengenai pemilikan, penyewaan & disposal of hartanah. In this post Kanal akan share serba sedikit tentang cukai cukai yang terlibat dalam hartanah. Apologies, Kanal akan try to write and convey isi isi dalam bahasa yang simple. Disebabkan banyak law terms, Kanal akan maintain beberapa terms dalam English.

🔹🔹 PEMBELIAN HARTANAH 🔹🔹
a. Stamp Duty (Duti Stem)
Stamp duty dikenakan keatas ‘instrument of transfer’ yang berkaitan dengan pembelian atau pemindahan hartanah. Cukai ini dibayar oleh pembeli. Perkara perkara lain yang perlu ditanggung oleh pembeli yang lain termasuklah : Sales & Purchase Agreement (S&P), Memorandum of transfer (MOT) dan juga loan documents (sekarang ni banyak developer absorb untuk pembelian hartanah undercons).

Inland Revenue Board akan mendapatkan figure / nasihat dari JPPH kadar duti stem.

b. GOODS & SERVICE TAX (GST) on Commercial Properties
Dalam pembelian hartanah, GST dikenakan bila pembeli membeli commercial property dari individu yang GST- Registered.

Kriteria pemilik hartanah commercial yng GST-Registered:
i. Memiliki 2 atau lebih commercial properties
ii. Memiliki tanah lebih dari 1 acre
iii. Memiliki hartanah commercial/tanah yang bernilai lebih dari RM 2mil (base on market price)
iv. Menerima lebih daripada RM 500,000 (total annual taxable supply) dari commercial property tersebut (sewaan)

………..

🔹🔹PEMILIKAN HARTANAH 🔹🔹
a. Cukai Taksiran / Cukai Pintu
Cukai ini dikenakan setiap rumah yang berpintu (HAHA). Duit ini digunakan untuk maintain (dan juga construct) public infrastructure di kawasan tersebut. Cukai ini payable kepada local council hartanah anda terletak seperti contoh : MBPJ, DBKL, MBSA dan sebagainya. Duit yang dikutip ni akan di utilise untuk pembersihan, maintain longkang, penyelengaraan jalan, repair lampu jalan yang rosak dsb. Cukai pintu dikenakan dua kali setahun iaitu pada 28 February dan 31 August.

b. Quit Rent (Cukai Tanah)
Dikenakan kepada semua pemilik hartanah. Cukai Tanah dikeluarkan oleh pejabat tanah. Mengikut National Land Code, quite rent ni kena bayar pada/sebelum 31 May setiap tahun. Pemilik boleh bayar directly kepada Department of Director General of Land and Mines via online banking. Pemilik hartanah jenis strata title pula boleh bayar melalui JMB/MC. Mereka akan tolong bayar ke land office.

……..

🔹🔹PENJUALAN HARTANAH 🔹🔹
a. Real Property Gain Tax (RPGT)
Dikenakan bila pemilik menjual hartanah dalam masa 5 tahun sign S&P. Cukai dikira pada profit yang dibuat melalui disposal of property tersebut. Untuk individu, tax ini dikenakan sehingga 5 tahun pertama pembelian, jika menjual lepas 5 tahun sign S&P, tiada tax dikenakan keatas profit penjualan tersebut. Percentage tax adalah mengikut tahun yang di dispose. Anda boleh rujuk table RPGT dengan google ya… Untuk hartanah yang dimiliki oleh syarikat, disposal of properties walaupun setelah 5 tahun pemilikan akan dikenakan cukai yg tetap pada 5% (5 years onward).

Adudu…. So bila nak beli properties tu, please aware cost cost yang terlibat dengan pembelian, pemilikan dan penjualan hartanah. Jangan nanti buat buat terkejut bila dah due kena bayar cukai cukai tersebut 🙃
Credit:PropSocial