DSR for DUMMIES

SIRI HARTANAH UNTUK NEWBIES – LEVEL TADIKA
DSR
Kebelakangan ini Kanal terjebak dengan RUMAWIP & PR1MA. Berbeza dengan previous clients, dimana kebanyakan mereka sudah ada basic tentang ilmu hartanah. These buyers mereka have no idea tentang financial capacity mereka untuk membeli sesebuah rumah (especially buyers for products seperti RUMAWIP & PR1MA).
Dan sebagai Agent & REN, salah satu tugas kita adalah untuk membuat filtering dan initial financial checking terhadap client kita untuk menjimatkan masa semua orang (jangan kejar sales je).
Anyway, hari ini Kanal nak cerita tentang DSR. Sesuatu yang sangat basic tetapi masih ada yang tidak tahu.
DSR- DEBT SERVICE RATIO
🔹 Penting untuk buyer tahu kelayakan pinjaman sebelum actually apply loan
🔹 Dalam terma simple, “DSR adalah parameter yang digunakan oleh Financial Institution untuk kira maximum jumlah hutang yang peminjam boleh buat pijaman berdasarkan gaji semasa
🔹 Anda boleh kira DSR anda sendiri untuk initial checking kelayakan anda untuk membuat pinjaman
🔹 DSR = (Total commitment/ nett income) x 100%
🔹 Total commitment : new loan, car financing, personal loan, credit card
🔹 Nett income : (Basic Salary + Fixed Allowance) – (EPF, SOCSO, TAX)
🔹 *Tersebut adalah kiraan secara kasar
🔹 Generally untuk mendapat kelayakan pinjaman, DSR anda mestilah kurang daripada 70% (% berbeza mengikut bank & juga gaji anda)
CONTOH KIRAAN
🔹 Nett income RM 4,600
🔹 Total commitment RM 2,900
DSR : 63%
Maksudnya, kalau bank yang DSR nya 70% applicant ini layak membuat pinjaman.
Supporting documents yang boleh membantu anda jika DSR burst:
🔹Bonus
🔹Tabung Haji
🔹Tenancy Agreement (rental income)
🔹Commission 6 bulan
🔹 Allowance 6 bulan
*Berbeza mengikut bank
TRICK CONGAK FORMULA INSTALMENT
Kalau nak kira kira berapa instalment yang anda kena bayar tiap bulan cara congak, anda boleh try dua formula ni. *Andai harga rumah RM 300,000
🔹Harga rumah/200
Contoh Harga Rumah RM 300,000. Bahagi 200. Anggaran kasar RM1,500/sebulan
🔹RM 500 setiap RM 100,000 harga rumah
RM 500 x 3 (harga rumah RM300k). Anggaran kasar RM1,500/sebulan
Bagi yang malas nak kira guna calculator, anda boleh pergi website HARTABUMI @ https://dsr.hartabumi.com/ untuk check DSR anda. Dekat situ juga the system will suggest anggaran harga rumah mengikut affordability you guys. All you have to do is key in details & nanti dia akan hantar report ke email anda 😊 Website ni dia set to DSR 60%. Kalau dapat negative figure tu maksudnya DSR youolls da burst ya😋 Try check website ni gaiss https://dsr.hartabumi.com/
771f04b0-6dbb-4ee2-9d3a-b59163eeadff.jpg
36963594_1031576280334667_4140865132139905024_n.jpg